suria

Nahas Chiang Mai: Lapan Rakyat Malaysia Masih Dirawat

Nahas bas di wilayah Chiang Mai menggorbankan 13 nyawa rakyat Malaysia pada Ahad lalu.

KUALA LUMPUR: Lapan daripada sembilan rakyat Malaysia yang cedera akibat nahas bas pelancong di Chiang Mai, Thailand, masih dirawat di tiga buah hospital di daerah utara Thailand itu.

Duta Malaysia di Thailand Datuk Nazirah Hussain dalam kenyataan yang terbaharu pada Rabu, berkata seorang daripada mereka, Lim Ah Gek berada dalam keadaan koma dan dirawat di Maharaj Nakorn Hospital.

Empat yang lain iaitu Tan Tang Soon, Ker Shin Hui, Lim Guat Huay dan Lim Jia Miem dirawat di Hospital Mc Cormick.

Tiga lagi iaitu Goh Bak Chai, Ng Too Hiyok dan Teo Tien Chor dirawat di Bangkok Hospital.

"Pihak kedutaan masih memantau keadaan mereka," katanya.

Awal pagi Rabu, kesemua jasad 13 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas Ahad lepas, tiba di tanah air melalui penerbangan ihsan menggunakan dua pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Thailand.

Seorang mangsa yang cedera turut dibawa pulang.

Menurut laporan berita antarabangsa, bas yang membawa 22 warganegara Malaysia terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan Ahad. - BERNAMA

nahas, Chiang Mai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain