suria

Kota Raya Ibarat 'Premis Mati'

PETALING JAYA: Kompleks membeli-belah Kota Raya tidak ubah seperti 'premis mati' apabila diselubungi suasana sepi dan lengang sejak dua hari lalu.

Selepas insiden pergaduhan tercetus di kompleks membeli-belah itu pada Ahad, peniaga antara yang merasai kesannya dengan bilangan pengunjung semakin berkurangan.

"Bolehkah anda melihat sesiapa sahaja berjalan di sini. Saya berdiri di sini selama lima jam. Tiada orang. Kebiasaannya kami mempunyai ramai pelanggan. Tetapi keadaan jauh berbeza sejak kebelakangan ini," kata peniaga telefon bimbit yang dikenali sebagai Jason.

Bagi penjaga stor yang mahu dikenali sebagai Hong, perniagaan di premis tersebut ibarat sudah tidak lagi wujud.

"Beberapa hari lalu, perniagaan amat perlahan.

"Hanya beberapa orang datang ke sini pada hari ini tetapi mereka yang ingin pergi ke kaunter aduan," kata lelaki berusia 28 tahun itu.

Chan, 32, turut berkongsi pandangannya mengenai perkara itu.

"Premis ini bukan lagi kompleks membeli-belah yang sibuk, suasana amat sunyi," katanya.

Ketika ditanya mengenai pekerja di sebuah kedai yang diserang kira-kira 20 pelanggan yang tidak berpuas-hati, ketiga-tiga mereka menyifatkan mereka berkelakuan pelik dan memilih untuk tidak mempedulikan orang lain.

"Mereka tidak pernah bercakap dengan kami. Walaupun selepas waktu kerja saya terserempak dengan mereka di tempat letak kereta, mereka seolah-olah tidak mengenali saya.

"Mereka tidak bercakap dengan sesiapa di sini dan cenderung untuk membuat hal sendiri. Mungkin ia polisi syarikat. Saya kenal sesiapa di sini kecuali lelaki tersebut," kata Chan.

Malah Hong yang bekerja bersebelahan dengan kedai telefon bimbit itu berkata dia tidak mengenali individu yang bekerja di sana.

Kedai yang terjejas akibat serangan itu memaparkan papan tanda yang menyatakan bahawa syarikat itu di bawah pengurusan baharu bermula 17 Disember.

Ketika ditanya mengenai papan tanda itu, ketiga-tiga mereka berkata tidak mengetahui mengenai pertukaran hak milik kedai tersebut.

Kota Raya

Artikel Lain