suria

Perkhidmatan Aerotren KLIA Tergendala Kerana Masalah Teknikal

Sebahagian daripada penumpang yang terkandas di platform.
PUTRAJAYA: Masalah teknikal menyebabkan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terhenti sementara selama kira-kira dua jam pada Isnin, menurut pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd.

Seorang jurucakap berkata masalah itu telah diatasi menjelang kira-kira 3 petang (bermula kira-kira 1 tengah hari).

"Semasa perkhidmatan terhenti, bas digunakan untuk membawa penumpang ke destinasi, katanya.

"Aerotren membawa penumpang antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit," katanya.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada masalah tersebut menyebabkan beberapa penerbangan tergendala, Isnin.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan penerbangan tergendala disebabkan masalah teknikal Aerotren, jurucakap Malaysia Airports berkata: "Penerbangan yang tergendala boleh berpunca daripada banyak sebab.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam laman Facebook berkata walaupun sebuah daripada Aerotren beroperasi seperti yang dijadualkan, perkhidmatan bas masih digunakan untuk mengangkut penumpang yang terlibat.

"Malaysia Airport memohon maaf atas kesulitan yang dialami," katanya.

Jurucakap Malaysia Airports berkata penumpang-penumpang yang terkandas telah meninggalkan lapangan terbang kira-kira 5 petang.
aerotren, KLIA, tergendala, teknikal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain