suria

Pandikar Harus Ambil Tindakan Terhadap Ahli PAC Politikkan Prosiding

Pandikar Amin Mulia.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia harus mengambil tindakan terhadap Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika mereka terus mengeluarkan kenyataan mengenai sesi jawatankuasa tersebut, kata Datuk Liang Teck Meng.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu yang juga ahli PAC menyatakan kebimbangan mengenai dua ahli jawatankuasa tersebut yang tidak mematuhi perjanjian bahawa hanya pengerusi PAC diberi kuasa untuk mengeluarkan kenyataan.

Malah, katanya, kedua-dua ahli PAC itu mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang berniat untuk menjejaskan pandangan orang ramai mengenai prosiding PAC.

Walaupun beliau tidak menyatakan secara terperinci dua individu itu, difahamkan ia merujuk kepada Ahli Parlimen Pembangkang Tony Pua dan William Leong yang membuat kenyataan pada sesi PAC, Jumaat lalu.

"Ia seolah-olah individu ini lebih berminat untuk mempolitikkan prosiding berbanding mencari kebenaran sebenar subjek siasatan kami," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Arul Kanda hanya tidak dapat menjawab satu soalan kerana ia berkaitan dengan dakwaan media dari hari sebelum perkara itu dikaitkan dengan pihak luar.

"Maklumat yang didedahkan pihak ini tidak memberikan gambaran jelas dan saksama mengenai apa yang berlaku dalam prosiding semalam.

"Pada pendapat saya, pendedahan maklumat itu seolah-olah direka unntuk mempolitikkan prosiding itu semula dan mengelirukan orang ramai serta menjejaskan prosiding," kata Liang.

Beliau turut mencadangkan bahawa Pandikar perlu campur tangan jika terdapat ahli PAC yang melanggar peraturan dan sengaja menjejaskan prosiding PAC berulang lagi.

"Saya menggesa Yang di-Pertua Dewan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka dan kita juga harus mempertimbangkan untuk merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya.

PAC, Pandikar Amin Mulia

Artikel Sebelum

Artikel Lain