suria

Malaysia Sokong Inisiatif Arab Saudi Tentang Keganasan - Hishammuddin

SUNGAI BULOH: Malaysia memberikan sokongan kepada usaha Arab Saudi berhubung pembentukan pasukan tentera terdiri daripada 34 negara Islam untuk memerangi keganasan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau dihubungi putera Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud berhubung sokongan Malaysia terhadap perkara berkenaan.

"Saya telah nyatakan kepadanya. Ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana ia adalah sama dengan apa yang kita lakukan di sini...di Asean juga," katanya pada sidang media di kem tentera Sungai Buloh pada Khamis.

Hishammuddin Hussein

Artikel Sebelum

Artikel Lain