suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Ditemui Di Flat Hang Tuah

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai telah meninggal dunia sejak empat hari lepas ditemui di sebuah unit di tingkat 12 Flat Hang Tuah di sini, malam Ahad.

Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Rumah berkenaan berkunci dengan mangga, anggota berjaya memecahkan mangga rumah terbabit pada pukul 10 malam dan menemui mayat itu.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lepas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi malam Ahad.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Habibi Majinji ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.

"Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenalpasti dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Artikel Sebelum

Muhyiddin Tak Mengalah

Artikel Lain