suria

Datuk Dr Hassan Said Dilantik Naib Canselor Baharu UiTM

Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said

PETALING JAYA: Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ke-9 menggantikan Tan Sri Prof Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Kementerian Pendidikan Tinggi yang mengumumkan perkara ini berkata pelantikan ini akan berkuatkuasa  mulai 1 Februari 2016 berikutan perkhidmatan Sahol sebagai Naib Canselor ke-8 akan tamat tempoh pada 31 Disember 2015.

“Tahniah diucapkan kepada Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said atas pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM.

“Dengannya rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, kementerian yakin bahawa pelantikannya sebagai Naib Canselor UiTM akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap yang seterusnya.,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi, Isnin.

Sebelum ini Hassan menyandang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Taylor dan merupakan mantan Ketua Pengarah Pengajian Tingg antara Januari 2005 hingga April 2008. 

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah PhD juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design.

Memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, beliau kemudia dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum berpindah ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian. 

Untuk rekod, Sahol telah berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM mulai 1 Januari 2010.

“Beliau telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara ini dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera. Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain