suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Anggota PBS Sesak Nafas Semasa Padam Kebakaran

Anggota-anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di sebuah kilang kitar semula, Bukit Minyak awal pagi Jumaat. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengah malam. -fotoBERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Dua anggota Pasukan Bomba dan Sukarela (PBS) Juru mengalami sesak nafas ketika operasi memadam kebakaran sebuah kilang kitar semula di Juru Height, di sini tengah malam tadi.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Perai, A'azelan Hassan berkata dua lelaki berusia 30-an itu sesak nafas berikutan asap tebal dalam kebakaran pada pukul 12.25 tengah malam itu.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasaan pada pukul 12.27 tengah malam dan jentera pertama tiba di kilang berkenaan kira-kira 18 minit kemudian.

"Semasa tiba, api sedang marak dan kebakaran itu merebak dengan pantas ekoran barang yang terdapat di kilang berkenaan jenis mudah terbakar iaitu plastik dan kertas untuk dikitar semula," katanya di sini Jumaat.

A'azelan berkata kebakaran itu memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kawasan kilang yang berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi.

Katanya, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran pada pukul 12.54 tengah malam dan keseluruhan api tu berjaya dipadamkan dalam tempoh lima jam.

"Kami juga terpaksa menggunakan busa untuk memadamkan api kerana ia melibatkan bahan kitar semula," katanya.

Katanya, sebanyak 100 pegawai dan anggota bomba dari enam Balai Bomba dan Penyelamat serta lebih 10 anggota PBS terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

PBS, sesak nafas, kilang terbakar

Artikel Berikut

Low Yat 2 Pun OK - Ismail Sabri

Artikel Lain