suria

Penjara Seberang Perai Cari Waris Banduan Mati

NIBONG TEBAL: Penjara Seberang Perai di sini mencari waris kepada seorang banduan yang meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) akibat masalah kesihatan, pada 4 Dis lepas.

Pengarah Penjara Seberang Perai Abdul Zaini Ibrahim berkata pihaknya cuba mengesan anggota keluarga atau waris banduan berkenaan S.Meganathan yang bernombor kad pengenalan 731116-08-6459 dan alamat terakhir di Jalan Pantai Batu 16, Tanjung Piandang, Perak.

"Lelaki berusia 42 tahun itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan HSB akibat 'ischaemic heart disease secondary to coronary artery disease' kira-kira 12.20 tengah malam.

"Pihak penjara telah pergi ke alamat terakhir banduan itu bagaimanapun tiada anggota keluarga lelaki itu di alamat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya juga menghubungi Jabatan Pendaftaraan Negara dan Balai Polis Kerian, Perak untuk mengesan warisnya namun gagal.

Abdul Zaini meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anggota keluarga atau waris banduan itu agar menghubungi pihaknya di talian 04-5858888.

Jabatan Penjara, Banduan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain