suria

Banjir: Penerbangan AirAsia Ke Atau Dari Chennai Masih Batal

KUALA LUMPUR: Semua penerbangan AirAsia (kod AK dan FD) ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai masih dibatalkan Rabu berikutan pertimbangan operasi.

Syarikat penerbangan itu berkata penumpang yang terjejas akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang didaftarkan dan teks mesej mengenai status penerbangan terbaharu mereka.

Pilihan penerbangan penumpang juga disediakan kepada mereka, katanya dalam kenyataan, Selasa.-- Bernama 

AirAsia, Chennai

Artikel Lain