suria

PAU 2015 Buka Tirai

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 membuka tirai dengan sesi Taklimat Presiden yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan 5,732 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC_ pada Selasa malam.

Pertemuan tertutup antara Najib dengan perwakilan itu membolehkan Perdana Menteri menyampaikan amanat khususnya mengenai perpaduan dalam Umno ketika parti itu berhadapan masalah dalaman.

Terdahulu Najib tiba di pekarangan PWTC kira-kira pukul 8.45 malam disambut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kehadirannya disambut dengan laungan "Hidup Umno" dan "Hidup Najib" serta diiringi paluan kompang.

PAU 2015 menjadi tumpuan selepas Najib menggugurkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet pada Julai lalu.

Susulan itu, Muhyiddin dan Shafie secara konsisten menegur dan mengkritik kepimpinan Najib khususnya dengan mempertikaikan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Presiden Umno berkenaan.



Umno, PAU 2015, Taklimat Presiden, PWTC

Artikel Lain