suria

Rakyat Malaysia Berjenaka Tentang 'Adat' Senyuman Wanita

Muhammad Rizalman
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia mempermain-mainkan kenyataan kononnya di Malaysia sudah menjadi satu 'adat' bahawa senyuman daripada wanita adalah isyarat yang menjemput seorang lelaki supaya mengekorinya.

Ketika memberikan keterangan terhadap kes serangan seksual seorang wanita, bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di Wellington, New Zealand minggu lalu bahawa dia telah mengikut 'adat' itu, justeru dia mengikut seorang wanita balik ke rumahnya.

Rakyat Malaysia telah memberi reaksi terkejut terhadap kenyataan Rizalman bahkan ada yang membuat jenaka tentang dakwaannya bahawa senyuman wanita kepada seorang lelaki adalah tanda jemputan supaya dirinya diekori.

"Saya berada di lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Singapura dan seorang wanita tersenyum kepada saya - memandangkan seorang diplomat Malaysia di New Zealand baru-baru ini berkata ia adalah isyarat untuk mengekorinya...Jadi sekarang saya menaiki penerbangan ke Pulau Pinang. Doakan saya berjaya," tulis pelawak Harith Iskander di laman Facebooknya, Sabtu.

Posting Harith ini telah menjadi viral, menerima lebih 8,200 'like' dan hampir 2,000 perkongsian.

Pengguna Facebook Elisa Taufik menulis: "Lelaki Malaysia yang dihormati sekalian, Jika anda mengikut saya hanya kerana saya tersenyum kepada anda, saya bersumpah, saya akan terajang anda. Ikhlas, Wanita Malaysia."

Pengguna Facebook Justin Daud, sementara itu, telah menulis mesej kepada wanita Malaysia sebagai tindak balas kepada kenyataan itu.

"Kepada wanita Malaysia yang dihormati, Jika anda senyum kepada saya dan saya tidak membalas senyuman itu, ia kerana saya tidak mahu ikut anda balik dan saya mempunyai tandas di rumah. Yang benar, Lelaki Malaysia," tulis David di laman Facebooknya.

Artikel Lain