suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kabinet Tarik Balik Keputusan Selaras Buku Teks BM

PETALING JAYA: Buku teks Bahasa Malaysia untuk sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tidak akan diselaraskan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet, Jumaat.

Ia sekaligus membatalkan keputusan awal untuk menyeragamkan buku teks Bahasa Malaysia.

Buku teks yang telah dihantar ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan kini akan diambil semula manakala buku baharu akan dicetak semula dan dihantar kepada sekolah terbabit bulan depan.

"Kami akan mencetak semula buku-buku baharu dan menghantar ke SJKC dan SJKT mengikut keputusan Kabinet baharu dibuat," kata Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan kepada The Star Online pada Jumaat.

Dilaporkan bahawa sebelum ini Kementerian Pelajaran mengejutkan sekolah rendah kebangsaan Cina apabila buku teks Bahasa Malaysia Tahun Enam yang digunakan untuk sekolah kebangsaan telah dibekalkan kepada mereka.

Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan mempunyai sukatan pelajaran dan peperiksaan yang berbeza.

Keputusan Kabinet itu dibuat selepas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong membawa isu itu pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain