suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaid Ibrahim Akan Didakwa

KUALA LUMPUR: Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung bahan yang dimuatnaik pada laman blognya bertarikh 2 September lalu.

Zaid dipercayai dengan niat menggunakan aplikasi Internet untuk mengeluarkan kenyataan menggunakan bahasa kesat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Seksyen 233 (1) (a) akta berkenaan.

Keterangannya dirakamkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 2.15 petang, Khamis.

Zaid diiringi dua peguam meninggalkan balai berkenaan sejam kemudian.

"Saya dipanggil ke ibu pejabat ini untuk merakamkan keterangan dan menyerahkan paparan skrin blog termasuk teks menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta supaya Najib meletak jawatan," kata Zaid.

Zaid berkata, beliau sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

"Di negara demokratik, kita sepatutnya diberi kebebasan untuk menyuarakan pandangan untuk manfaat negara," katanya di luar balai berkenaan.

Kenyataan Zaid pada blognya, www.zaid.my bertajuk "Rally Behind Tun Mahathir Mohamad".

Beliau juga dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara sama dan disiasat mengikut Akta Hasutan pada November lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain