suria

Polis Marin Malaysia Temui Kapal Nelayan Thai Disamun, 2 Suspek Ditahan

Gambar Hiasan

SATUN (Thailand): Sebuah kapal nelayan Thailand yang disamun enam lelaki bersenjata menggunakan bot kecil malam Rabu di sempadan perairan antara Thailand dan Malaysia telah ditemui, sementara enam anak kapal yang ditinggalkan di sebuah pulau berdekatan telah diselamatkan.

Ketua Polis Marin Wilayah Satun, Leftenan Kolonel Polis Santipon Pansawat berkata dua warga Thai yang merupakan suspek dalam kes samun itu telah ditahan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia.

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia telah menyerahkan dua suspek berkenaan kepada pihak Thailand setelah menemui kapal itu berada di perairan Malaysia pagi tadi.

Mengulas mengenai kejadian, beliau berkata kapal nelayan Chot Boonmi5 disamun malam tadi dan pihak polis marin di Satun bertindak sebaik saja menerima laporan dari pemiliknya Fadil Pongtea, 46 tahun, dari Daerah Langu, Wilayah Satun.-- Bernama


Polis Marin, Thailand, nelayan

Artikel Lain