suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cedera Di Punggung Terkena Dua Das Tembakan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dalam lingkungan 30an cedera di punggung apabila dua daripada lima das tembakan yang dilepaskan terkena bahagian berkenaan.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai kopi di Paya Terubong dekat ini pada pukul 9.15 malam Khamis.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Mior Fardalathrash Wahid berkata, lelaki berkenaan sedang menikmati hidangan malam apabila lelaki bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan tembakan dari belakang pada jarak dekat.

"Kami percaya dia ditembak lima kali tetapi empat kelongsong peludu ditemui setakat ini.

"Seorang daripada rakan mangsa juga cedera pada tangan kiri apabila terkena serpihan peluru yang dilepaskan.

"Penembak itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah kenderaan yang menunggu di luar kedai berkenaan," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, motif kejadian itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan dengan mangsa pada Rabu.

Beliau menambah, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh

Artikel Lain