suria

Tun M Akan Hadir Perhimpunan Agung Umno 2015

PETALING JAYA: Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula pada 8 Disember ini walaupun tidak menerima surat jemputan.

"Saya tidak terima apa-apa surat daripada parti tapi saya anggap kata-kata dia (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebagai satu jemputan, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan reka cipta kereta proton di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya dekat sini, Selasa.

Dr Mahathir berkata kenyataan Ahmad Zahid baru-baru ini bahawa bekas perdana menteri itu patut menghadiri Perhimpunan Agung Umno boleh dianggap sebagai satu jemputan.

Ahmad Zahid sebelum ini berkata Dr Mahathir perlu hadir kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno.

Dr Mahathir berkata kehadirannya pada perhimpunan itu hanya sebagai tetamu  dan bukan untuk berucap.

Artikel Sebelum

Dewan Rakyat Lulus Bajet 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain