suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja OKU Ditemui Mati Lemas Di Pantai Lido

JOHOR BAHARU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati lemas ketika beriadah bersama abangnya di Pantai Lido, di sini petang, Isnin.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor Baharu, Leftenan Muda Mohd Aziz Juperi berkata, mangsa, Muhammad Yuszairee Ramlee adalah remaja orang kurang upaya (OKU) berasal dari Taman Perling di sini.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa sedang berjalan-jalan di hadapan Jabatan Agama Islam Johor sebelum dipercayai tergelincir ke tebing pantai di depan jabatan itu.

Mohd Aziz berkata JPAM yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit menggerakkan dua aset bot dan 16 keanggotaan ke tempat kejadian bagi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Operasi turut disertai sejumlah tujuh anggota dan pegawai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya.

Bagaimanapun, berikutan keadaan pantai yang gelap dan air surut, operasi terpaksa dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung semula pada pukul 8.30 pagi ini.

Mayat mangsa kemudian dijumpai tidak jauh dari tempat kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Pantai Lido, Johor

Artikel Sebelum

Artikel Lain