suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

J/Kuasa DAP P.Pinang: Yee Cheu Gagal, Kon Yeow Teratas - Keputusan Tidak Rasmi

Teh Yee Cheu (kanan) bersama Lim Guan Eng pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015. Foto GARY CHEN / The Star

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu gagal terpilih sebagai antara 15 ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Menurut keputusan tidak rasmi pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 di sini Ahad, Pengerusi DAP negeri, Chon Kon Yeow sekali lagi menduduki tempat teratas.

Tempat kedua menjadi milik Jagdeep Singh Deo diikuti Zairil Khir Johari.

Setiausaha DAP negeri, Lim Hui Ying, adik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berada di tempat keempat.

Mereka yang lain ialah Law Choo Kiang, Dr P. Ramasamy, Goh Choon Keong, Lim Siew Khim, Wong Hon Wai, Ng Wei Aik, Soon Lip Chee, Lay Hock Peng, A. Tanasekharan, Phee Boon Poh dan Steven Sim.

Teh Yee Cheu

Artikel Lain