suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berhenti Ganggu Nurul Izzah - Azmin Ali

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menggesa 'pembuli'  BN agar berhenti mengganggu Nurul Izzah Anwar.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Azmin mengecam pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan dan polis yang dianggap telah 'mencaci Nurul Izzah' serta memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai  'memalukan dan pengecut '.

Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor berkata, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah menjelaskan bahawa mereka tidak mengatur pertemuan dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram. 

Tambahnya, tindakan punitif yang telah diambil oleh Ahli Parlimen BN terhadap Nurul Izzah adalah  tidak demokratik dan berlaku penyalahgunaan proses Parlimen.

"Jika diteruskan, ia tiada beza dengan kezaliman yang sekali lagi ditunjukkan oleh BN sebagai pembuli besar.

"Gangguan ini mesti dihentikan dan sebaliknya pemimpin BN perlu menjawab soalan-soalan orang ramai mengenai pelbagai skandal kewangan yang melanda negara ini, " kata Azmin.

Azmin Ali, Nurul Izzah, Pembuli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain