suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank Terima Panggilan Bom Palsu

SUNGAI PETANI: Sebuah bank di sini terpaksa dikosongkan selepas kakitangannya menerima panggilan palsu mendakwa ia akan dibom dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi Selasa.

 Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa yang dihubungi berkata anggotanya yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan tiada bom ditemui selepas pemeriksaan dilakukan.

"Kakitangan bank telah menerima panggilan daripada seorang wanita pada pukul 10.15 pagi mendakwa bank itu akan dibom namun selepas pemeriksaan, tiada bom atau sebarang objek mencurigakan ditemui," katanya.

Menurutnya, bank terbabit dibuka semula pada pukul 12.20 tengahari dan polis telah memulakan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Kejadian hari ini adalah sama seperti yang berlaku pada sebuah lagi bank di Sungai Petani pada 20 Nov lepas yang turut menerima panggilan palsu tentang bom.

Anggota polis yang melakukan siasatan tidak menemui sebarang bahan letupan.

Bank, Bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain