suria

Najib Tekad Hapus Kumpulan Militan Dan Amalan Ideologi Mereka Di Rantau Ini

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Dalam situasi peningkatan ancaman keganasan secara global, Datuk Seri Najib Tun Razak berazam mahu memastikan kumpulan militan dan ideologi pelampau yang wujud di rantau ini dihapuskan.

Perdana Menteri menegaskan bahawa ekstremisme tidak mempunyai tempat dalam masyarakat.

Banyak negara di rantau ini telah menderita di tangan pelampau dan Malaysia tidak terkecuali seperti digambarkan oleh pembunuhan kejam rakyat Malaysia, Bernard Then oleh kumpulan militan di Filipina, baru-baru ini, katanya.

"Ini telah memberi saya keazaman yang lebih tinggi berbanding sebelum ini untuk memastikan bahawa segala langkah yang mungkin diambil bagi menghapuskan bukan sahaja kumpulan militan yang bangkit di rantau ini tetapi juga amalan ideologi pelampau mereka," katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Then, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak, diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah, 14 Mei lepas dan kemudian kepalanya dipenggal oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Pulau Jolo di Kepulauan Sulu, selatan Filipina, Rabu lepas.

Artikel Lain