Bantuan Wang Ihsan Banjir Sebanyak RM500 Mungkin Dinaikkan - Semasa | mStar

Bantuan Wang Ihsan Banjir Sebanyak RM500 Mungkin Dinaikkan

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
TELUK INTAN: Jumlah pemberian bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan mungkin dinaikkan jika keadaan banjir di negara ini terjejas lebih teruk berbanding tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata ini kerana jumlah itu akan diumum berdasarkan keadaan banjir di seluruh negara.

"Kita akan umumkan kemudian mengenai jumlah pemberian wang ihsan sama ada masih kekal atau meningkat berdasarkan situasi banjir yang berlaku.

"Mungkin saya atau Datuk Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara yang akan umumkan mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di sini Khamis.

Beliau berkata tahun lepas, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM800 juta untuk bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk akibat bencana itu.

Shahidan berkata walaupun kini negara menghadapi masalah ekonomi, kerajaan Persekutuan tidak akan mengurangkan peruntukan untuk bantuan kepada mangsa banjir.

"Ada beberapa perkara yang kita tidak akan bertolak ansur (mengurangkan peruntukan) seperti keselamatan, pendidikan dan bencana.

"Oleh itu, apabila berlaku sesuatu bencana, tidak akan ada mangsa yang tidak dapat makan atau tidak mendapat bantuan yang sepatutnya," katanya.

Dua daerah di Perak terjejas akibat banjir iaitu Hilir Perak dan Kerian membabitkan 285 orang daripada 85 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Setakat 6 petang, jumlah mangsa banjir di Hilir Perak kekal 171 orang daripada 53 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan manakala di Changkat Lobak, Matang Tengah dan Kampung Air Hitam di daerah Bagan Serai juga masih berjumlah 44 orang daripada 11 keluarga yang kini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kerajaan Tak Sekat Facebook, Telegram, WhatsApp

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain