suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampul Berserbuk Gempar Bangunan Pejabat Menteri Kesihatan

Salah seorang anggota bomba membawa bungkusan berserbuk yang mencurigakan yang dihantar ke bangunan Kementerian Kesihatan, Putrajaya, Jumaat, untuk dikaji di pusat penyelidikan. -foto MOHD SAHAR MISNI/The Star
PUTRAJAYA: Kakitangan pejabat Menteri Kesihatan di sini gempar dan bertindak mengosongkan tingkat 13 yang menempatkan pejabat mereka apabila menerima bungkusan mengandungi serbuk yang disyaki berbahaya, Jumaat.

Bungkusan dalam bentuk sampul pos laju itu dikatakan diterima seorang kakitangan pejabat itu pada 3.15 petang, yang kemudian membuka sampul itu lalu menemui serbuk dan tangannya berasa gatal, demikian menurut maklumat awal bomba.

Ekoran itu, kakitangan pejabat menteri berhimpun di perkarangan blok E7 yang menempatkan pejabat Menteri Kesihatan.

Turut kelihatan bomba dan polis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di perkarangan bangunan Blok E7, Kementerian Kesihatan di sini pada pukul 3.30 petang Jumaat selepas menerima panggilan kecemasan.

Pekerja di tingkat 13 bangunan itu, yang turut menempatkan pejabat timbalan menteri kesihatan, telah dipindahkan.

Kira-kira enam pegawai daripada Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik jabatan itu telah ditugaskan untuk mendapatkan bungkusan yang mencurigakan itu.

Jurucakap jabatan itu berkata bungkusan itu akan dihantar ke pusat penyelidikan di Bandar Enstek, Sepang, untuk diuji.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam tidak mengulas ketika ditanya mengenai kejadian itu.

Artikel Lain