Tengku Adnan Enggan Dedah Jumlah Pemimpin Umno Yang Disiasat - Semasa | mStar

Tengku Adnan Enggan Dedah Jumlah Pemimpin Umno Yang Disiasat

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku AdnanTengku  Mansor pada Khamis menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.

Beliau yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di sini berkata, mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan. 

"Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan terhadap tujuh pemimpin Umno yang didakwa mengkritik parti secara terbuka.

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin Umno sedang disiasat  berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Diminta mengulas lanjut mengenai jumlah pemimpin Umno yang disiasat pada masa ini beliau menjawab: "Dulu saya cakap tujuh, barangkali lebih. Saya tak tahu. Tunggu sajalah." 

Laporan media sebelum ini turut menyebut jawatankuasa yang dilantik sedangmenyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden Umno sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel