suria

Tanah Runtuh: PM Minta Semua Bertenang

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak bertenang susulan kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, berhampiran Lentang-Bukit Tinggi, pada pukul 7.18 malam Rabu.

Perdana Menteri meminta semua pengguna lebuh raya berhampiran kawasan kejadian agar mematuhi arahan pihak berkuasa untuk menyuraikan kesesakan trafik akibat kejadian tersebut.

"Saya harap pengguna lain berhampiran kawasan tanah runtuh juga selamat. Bertenang sementara pihak berkuasa bantu suraikan trafik. Patuhi arahan mereka," katanya melalui akaun Twitternya.

Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian itu.

Sehingga ini, tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan tiada kenderaan tertimbus dalam insiden itu. - BERNAMA

Najib Tun Razak, tanah runtuh

Artikel Sebelum

Serba Sederhana Ala Tok Ya

Artikel Berikut

Artikel Lain