suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: Polis Nafi Ada Kenderaan Tertimbus

KUALA LUMPUR: Polis menafikan terdapat kenderaan tertimbus berikutan kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 7.18 malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden itu.

"Laporan awal yang mengatakan terdapat kenderaan tertimbus adalah tidak benar sama sekali.

"Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang mengelirukan berhubung kejadian itu," katanya.

Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain