Penghuni Kuarters Gempar Bunyi Kuat Bongkah Batu Jatuh

BENTONG: Penghuni di Kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang digemparkan dengan bunyi dentuman kuat berpunca daripada beberapa bongkah batu yang jatuh dari bukit berikutan kejadian banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, petang Rabu.

Seorang penghuninya yang hanya ingin dikenali sebagai Salehin, 37, berkata ketika kejadian, hujan lebat diikuti guruh dan petir mendorongnya mengambil keputusan untuk berada di rumah walaupun pada mulanya ingin keluar ke kedai berhampiran.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali menyebabkan saya terus keluar rumah untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Saya nampak jiran bertempiaran lari dan menyelamatkan diri melihat batu bongkah besar jatuh dan menghempap sebahagian kuarters, " katanya ketika ditemui Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata, ketika kejadian itu kesemua penghuni kuarters itu sempat menyelamatkan diri dan meninggalkan rumah masing-masing.

Sementara itu, Suhaimi Ahmad, 55, berkata ketika kejadian isterinya sedang menyediakan makan malam dan secara tiba-tiba selut lumpur masuk ke rumahnya dari bahagian dapur.

"Isteri saya terkejut kerana lumpur tiba-tiba masuk rumah kami..Namun isteri saya sempat berpaut pada pintu kerana air bercampur lumpur menderu dengan pantas.

"Saya segera menyelamatkan isteri dan anak-anak saya keluar meninggalkan rumah," katanya.

Menurut Suhaimi sebelum kejadian itu berlaku dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seakan petir.

"Saya sangkakan bunyi petir rupanya sangkaan saya meleset apabila melihat beberapa bongkah batu besar jatuh dari atas bukit," katanya.

Jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu, menyifatkan kejadian ini merupakan kali pertama berlaku sejak beliau mendiami kawasan kuarters berkenaan kira-kira 17 tahun yang lalu.

Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tidak kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu.

Kejadian itu turut menjejaskan 25 penghuni kuarters yang terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke Masjid Lentang apabila kediaman mereka dilimpahi banjir lumpur.-- Bernama

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain