suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: Pengguna Dinasihat Ikut Laluan Alternatif

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dinasihat menggunakan laluan alternatif ke destinasi masing-masing, berikutan kejadian tanah runtuh di Km52.4 lebuh raya itu, pada 7.18 malam Rabu.

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan berkata pengguna dari arah Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur, dinasihat keluar di Plaza Tol Karak dan mengambil laluan Pelangai-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur.

"Mereka juga boleh melalui laluan Bentong-Karak-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu, yang dipaparkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menerusi akaun Twitternya.

Bagi pengguna yang terlepas Plaza Tol Karak, mereka dinasihat membuat pusingan 'U' sebelum Plaza Tol Bentong dan mengambil laluan Karak-Pelangai-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur.

Sementara bagi pengguna dari Kuala Lumpur dan berada di sekitar hentian rehat Lentang untuk ke Pantai Timur, mereka boleh membuat pusingan 'U' ke Kuala Lumpur dan mengambil laluan Seremban-Bahau-Pelangai-Karak.

Kenyataan itu turut menyebut kerja-kerja pembersihan lebuh raya itu dijangka dapat diselesaikan seawal 10 pagi esok.

Untuk maklumat terperinci mengenai jalan alternatif, pengguna dinasihat menghubungi Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya di talian 03-26107727, yang beroperasi 24 jam atau boleh merujuk laman web bencanaalam.jkr.gov.my.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain