suria

Pelajar Menang RM101,000 Dalam Masa Empat Jam, Bawa Pulang Volkswagen Beetle

Sim Yu Chin bersama kereta yang dimenanginya.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 19 tahun, Sim Yu Chin memperoleh lebih RM101,000 dalam masa kurang dari empat jam dan memandu pulang kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI dalam pusingan akhir KenTrade Trading Challenge 2 anjuran Kenanga Investment Bank Bhd (KIB).

Yu Chin, yang hanya menang hadiah saguhati pada cabaran sulung KIB tahun lepas, berkata beliau sentiasa menyimpan impian besar dan memperdagangkan sahamnya hanya apabila 'ada momentum' untuk membantunya memenangi hadiah utama.

"Saya buat kajian saya dan melabur dalam apa yang saya rasakan sebagai saham yang kuat. Saya rasa orang yang ingin melabur dalam pasaran saham harus bermula secara kecil dan mempunyai impian yang besar.

"Usia bukan penghalang dan jangan pernah berputus asa," katanya pada sidang media selepas cabaran itu, Isnin.

Yu Chin, yang sebelum ini 'tidak membuat banyak dagangan' di pasaran saham, berkata kemenangan itu kini akan menggalakkan beliau untuk menjadi lebih aktif dengan dagangan saham.

Naib juara cabaran ini adalah Lam Jun Wah yang berusia 22 tahun, seorang pencabar yang kuat pada tahun ini, dan juga acara yang julung kali diadakan KIB pada tahun 2014.

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, KenTrade Trading Challenge 2 KIB ini sekali lagi menampilkan dua kategori peserta - Pelajar (antara 18 dan 24 tahun) dan Awam (18 tahun ke atas).

20 peserta terbaik (10 dari Pelajar dan 10 dari kategori Awam) dengan pertumbuhan keseluruhan tertinggi dari 1-30 oktober layak untuk menyertai acara kemuncak majlis, yang telah diadakan pada pukul 9.00 pagi-12.30 tengahari di Galeri Penyenaraian Bursa Malaysia.

Pengarah Eksekutif KIB dan ketua pembrokeran ekuiti Lee Kok Khee berkata cabaran tahun ini berjaya menarik lebih 18,000 peserta berbanding 12,000 pada tahun lepas.

Beliau berkata sebahagian besar daripada peserta, atau 70 peratus daripada mereka, adalah lelaki.
pertandingan saham, KIB, Sim Yu Chin

Artikel Lain