suria

'Budi Bicara Mutlak' Peguam Negara Perlu Dihadkan - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyenaraikan kriteria tertentu tentang keperluan siasatan dibawa ke mahkamah dan bukannya memberi 'budi bicara mutlak' kepada Peguam Negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem yang memberi terlalu banyak kuasa kepada Peguam Negara dalam mendakwa orang yang zalim, dan ia bersifat terbuka untuk disalahgunakan.

"Apabila anda memberikan banyak kuasa kepada Peguam Negara, anda sudah memberinya kuasa untuk mendakwa dan menghakimi sebelum perbicaraan dilakukan," kata Dr Mahathir ketika merasmikan simposium mengenai rasuah, di sini, Rabu.

Beliau berkata undang-undang perlu dipinda bagi 'menentukan kuasa Peguam Negara' kerana seorang Peguam Negara harus beroperasi dengan cara yang tidak berat sebelah.

"Di bawah sistem semasa, jika Peguam Negara melihat terdapat satu siasatan melibatkan wang berbilion-bilion dolar tetapi ia mempunyai kaitan dengan seseorang di atasnya, dia dengan mudah boleh membuat keputusan bahawa kes itu tidak boleh dibawa ke mahkamah. Itu adalah peribadi.

"Apa yang paling perlu adalah memberi kriteria tertentu terhadap kes apabila membincangkan sama ada ia perlu dibawa ke mahkamah atau tidak," kata Dr Mahathir.

Artikel Lain