suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesara Usahakan Landskap Berkonsepkan Filem P. Ramlee

BATU PAHAT: Seorang pesara, Hussin Apan tidak menonton filem-filem P. Ramlee sekadar untuk ketawa.

Tetapi beliau mendapatkan inspirasi reka bentuk, idea-idea menarik  untuk mewujudkan landskap yang indah di luar rumahnya.

"Saya mengulang menonton semua filem P. Ramlee untuk dapatkan  idea-idea landskap.

"Tumpuan saya terarah kepada reka bentuk dan bangsal kayu selain suasana kampung tradisional dalam filem itu," ceritanya.

Hussin tinggal di tanah pusaka bapanya di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

Bekas penyelia kilang berusia 60 tahun itu mempunyai kawasan kediaman seluas 4.45 hektar.

"Dulu ianya adalah tanah ladang tetapi selepas bapa saya meninggal dunia, tiada siapa menjaganya.

"Kira-kira lapan tahun lalu, saya mula merasa tidak selamat dengan keadaan semak di tanah ini, sebab itu kami bersihkan dan mulakan projek landskap," katanya pada Hari Landskap peringkat negeri di Taman Botani di sini.

Hasil penat lelah mengusahakan konsep P. Ramlee, usaha Hussin ternyata berhasil apabila memenangi anugerah landskap terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.

P. Ramlee, Landskap

Artikel Lain