suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditahan Miliki Syabu, Pedang Samurai

KINABATANGAN: Polis menahan seorang warga Indonesia kerana memiliki 21 straw mengandungi syabu di Ladang United Malacca Millian Labau di Tongod, Jumaat lepas.

Turut dirampas daripada lelaki berusia 32 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ialah sebilah pedang samurai serta sebilah keris.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata bertindak atas maklumat, dua anggota yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menahan seorang lelaki yang membawa sebilah pedang samurai pada 8.35 malam.

Katanya semasa pemeriksaan dilakukan, berlaku pergelutan antara suspek dengan seorang anggota polis.

Setelah pemeriksaan pada badan suspek, polis turut menjumpai sebilah keris kecil di pinggang kiri, 21 straw mengandungi syabu yang disimpan dalam saku seluar suspek, katanya di sini, Sabtu. - BERNAMA

syabu, pedang samurai

Artikel Berikut

Artikel Lain