suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haramkan Vape, Cegah Ketagihan Nikotin - Rafidah Aziz

PETALING JAYA: Kerajaan perlu bertindak segera mengharamkan vape sebelum golongan remaja menjadi penagih nikotin, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz.

Rafidah melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan vape akan menjadi satu tabiat baharu di kalangan belia di Malaysia.

Menerusi posting di Facebook, Rafidah menulis bahawa penagih nikotin akan bertambah kerana cecair vape mengandungi nikotin.

"Kita perlu membentuk pemikiran positif dan progresif di kalangan golongan muda. Bebaskan daripada kekangan sebarang bentuk ketagihan," kata Rafidah yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Beliau berkata, sebarang bentuk ketagihan mempunyai potensi untuk 'melemahkan tenaga' atau menjejaskan kesihatan.

"Kabinet mesti bertindak segera sebelum masalah ini berleluasa.

"Ini adalah isu berkaitan kesihatan dan kerajaan tak perlu mempolitikkan dan 'bermain politik' dengan isu-isu kesihatan," kata Rafidah.

Rafidah berkata sikap mengabaikan kesan kesihatan terhadap bahaya merokok dan vape adalah "sama seperti tidak berhati perut".

Rafidah Aziz, Vape

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain