suria

Nak Haramkan Vape? Haramkan Rokok Juga - Khairy

PETALING JAYA: Ketika cadangan untuk mengharamkan vape menjadi pendebatan umum, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan bertindak konsisten dalam tindakannya dengan turut mengharamkan rokok.

"Saya menyokong peraturan yang kukuh bagi kedua-duanya. Tetapi jika hendak mengharamkan satu, haramkan kedua-duanya. Kita menghabiskan terlalu banyak masa untuk ini," kata Menteri Belia dan Sukan itu di Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada seorang pengikut Twitter @ibrahimhalim13.

Khairy sebelum itu berkongsi satu laporan berita yang menyatakan bahawa dadah seperti ganja, methamphetamine, dan jus ketum turut ditemui dalam cecair vape.

Bertindak balas kepada berita itu, dia menulis di Twitter: "Weed juga ditemui dalam tembakau.​​"

Seorang lagi pengikutnya, @ZikriMzd, menulis: "Mari kita mengharamkan segala-galanya. Adil dan saksama. Ia amat mengecewakan melihat semua pandangan negatif kepada vape sedangkan rokok dijual secara terbuka."

Sebagai respons, Ketua Pemuda itu Umno menjawab: "Itulah yang saya maksudkan."

Kementerian Kesihatan telah menyerbu beratus-ratus kedai vape di seluruh negara sejak beberapa hari lalu, selepas menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyatakan pihaknya akan mengharamkan vape.

Khairy Jamaluddin, Vape

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain