Gua Baharu Ditemui Dekat Taman Negara Gunung Mulu - Adenan

Taman Negara Gunung Mulu.

KUCHING: Sekumpulan penjelajah gua telah menemukan sebuah gua baharu yang indah berhampiran Taman Negara Gunung Mulu yang terkenal di bahagian Miri, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pada Jumaat malam.

Menurut Adenan, gua itu berusia lebih enam juta tahun dan ditemukan baru-baru ini tetapi tidak menyebut pasukan yang menemukannya.

"Penemuan gua tersebut baik untuk Sarawak dan industri pelancongan negeri ini," kata Adenan dalam ucapannya pada majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-12 Perhutanan Sarawak di sini.

Gua lain yang terletak dekat Gua Mulu itu ialah Gua Rusa dan Gua Air Jernih.

Mengenai usaha memerangi pembalakan haram, Adenan berkata ia telah mencapai beberapa tahap kejayaan.

Katanya banyak balak haram telah dirampas dan 13 kilang papan telah ditutup dengan lima lagi kilang papan lapis atau kilang venir dikategorikan sebagai tidak aktif kerana kekurangan kayu balak haram untuk dibekalkan kepada kilang-kilang tersebut.

"Bagaimanapun, tidak banyak pembalak haram telah ditangkap dan dipenjarakan dan saya berharap untuk melihat situasi bertambah baik mengenai aspek ini," kata beliau.

Beliau sekali lagi mengingatkan semua pihak yang bertugas dalam penguatkuasaan bahawa mereka tidak harus leka dalam usaha memerangi pembalakan haram di negeri ini.

Adenan berkata enam syarikat besar pun sedang dipantau dengan rapi dan menambah beliau tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen jika mereka didapati melanggar syarat lesen.

Ketua Menteri juga berkata semua Taman Negara di Sarawak dibuka kepada orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang minat untuk menjalankan penyelidikan di sana.

"Kita tidak mempunyai kepakaran tetapi kita mempunyai taman-taman negara, jadi adalah bodoh jika kita tidak membuka Taman Negara kita kepada orang ramai dan NGO yang benar-benar berminat untuk bekerjasama dengan kita," katanya. - BERNAMA


Gua Mulu, Miri, Adenan Satem

Artikel Sebelum

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain