suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Bunuh Tapah: Tiada Lagi Siasatan Di Tempat Kejadian

Anggota polis membawa dua suspek meninjau lokasi kejadian kes pembunuhan bagi membantu siasatan polis di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Pahang dekat Tapah. Foto Bernama

IPOH: Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliaw berkata, mulai Khamis, siasatan di tempat kejadian pembunuhan kejam membabitkan sekurang-kurangnya empat individu di Jalan Pahang, Tapah dihentikan.

Beliau berkata, bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan dengan lebih terperinci kes pembunuhan itu. 

"Untuk makluman, bermula esok tiada lagi siasatan di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam Rabu.

Isnin lepas, polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 70 kilometer dari sini minggu lepas.

Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Oktober lepas.

Semua mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar dan tulang serta abu mayat dibuang ke Sungai Ceroh yang mengalir di belakang bengkel berkenaan.

Susulan itu, polis membongkar kehilangan tiga lagi individu yang dipercayai mangsa pembunuhan kejam di bengkel sama dan polis percaya ada orang lain yang menjadi mangsa keluarga berkenaan. - Bernama

bunuh Tapah

Artikel Lain