suria

Polis Gali Bukti Kes Bunuh Di Tapah



TAPAH: Dua suspek kes bunuh membabitkan empat mangsa dibawa ke lokasi kejadian iaitu kediaman yang juga bengkel yang dikendalikan mereka di Jalan Pahang di sini pada Rabu.

Keduanya, saksi utama yang juga mekanik berusia 57 tahun dan anak lelakinya yang berusia 20 tahun dilihat tiba di lokasi pada pukul 10 pagi.

Juga kelihatan unit anjing dan peralatan mengorek dibawa pasukan polis ke kawasan itu.

Dipercayai pasukan polis akan menggali sekitar kawasan itu untuk mendapatkan bukti.

Empat mangsa kejadian itu yang dibakar dan abu serta tulang dibuang ke sungai bersebelahan bengkel berkenaan.

Kejadian itu bermula apabila lelaki berusia 57 tahun dilaporkan hilang pada 30 Oktober 2012. Selepas itu, operator bas pelancong berusia 56 tahun pula hilang pada 1 Mac 2014 diikuti ejen alat ganti kenderaan berusia 54 tahun.

Terbaharu, broker tanah berusia 46 tahun dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang pada 25 Ogos selepas meninggalkan rumahnya di Kampung Sungai Lah, Chenderiang.

Jalan Pahang, Tapah, bengkel

Artikel Sebelum

Paul Stadlen Dapat Status PR

Artikel Lain