suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB: Debat Arul Kanda Dengan Tony Pua Terbatal

KUALA LUMPUR: Tawaran debat secara langsung di televisyen berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbatal secara automatik susulan Dewan Rakyat melarang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua meneruskan hasratnya itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan meneruskan debat berkenaan tanpa kehadiran Pua.

Jelas Salleh, pihaknya tidak akan memberi ruang kepada pengganti Pua seperti yang dirancang pakatan pembangkang.

"Ini bukan soal pengganti. Perbahasan ini bukan antara DAP dengan 1MDB, ini antara Tony Pua dengan Arul daripada 1MDB.

"Jadi tidak berbangkit soal pengganti kerana ini bukan perdebatan antara parti. Ia antara dua indivdu yang telah mencabar satu sama lain, dan saya tidak nampak dalam hal ini pengganti menjadi persoalan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Pada Selasa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata debat awam mengenai 1MDB bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85 kerana Pua merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jelas Pandikar Amin, Perkara 85 itu menyatakan bahawa semua siasatan harus dibentangkan kepada Dewan Rakyat dahulu sebelum boleh didedahkan secara terbuka kepada umum.

1MDB, Debat

Artikel Lain