KTM Umum Kadar Tambang Baharu Komuter Bermula Disember - Semasa | mStar

KTM Umum Kadar Tambang Baharu Komuter Bermula Disember

KUALA LUMPUR: Tambang keretapi KTM Komuter akan dinaikkan bermula 2 Disember dengan tambang tertinggi berharga RM7.10 bagi satu perjalanan.

Presiden KTM Bhd Lt Kol (B) Sarbini Tijan pada Isnin mengumumkan bahawa tambang perjalanan akan meningkat sebanyak 4 sen setiap kilometer bagi laluan Tanjung Malim-Sungai Gadut dan Batu Caves - Pelabuhan Klang.

Tambang KTM Komuter tidak pernah dinaikkan sejak Februari 2003.

Sarbini berkata pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa yang menaiki komuter akan menikmati diskaun 50 peratus ke atas tambang.

Pada masa ini, hanya warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak berumur di antara dua dan enam tahun menikmati harga tiket separuh harga.

Sarbini berkata walaupun dengan kenaikan tambang, syarikat keretapi itu masih tidak mampu untuk menampung kos operasinya.

"Untuk pulangan modal, kita seharusnya mengenakan caj 20 sen bagi setiap kilometer.

"(Bagaimanapun) Kerajaan hanya meluluskan tambang yang ditetapkan pada kadar 15 sen bagi setiap kilometer," kata Sarbini.

Kos selebihnya, adalah subsidi oleh kerajaan.
tambang komuter , KTM , komuter , Sarbini Tijan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Tambang Komuter Naik Disember Ini

Lebih Artikel

Manchester United pecat Mourinho!