suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Selamat Berjaya Kepada Calon SPM

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Isnin.

"Selamat berjaya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai esok," katanya dalam entri terbaharu Twitter beliau pada Ahad.

Sejumlah 440,682 orang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2015 yang dijadual diadakan pada 2 November hingga 8 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan di sini, Ahad.

Sebanyak 29,799 calon atau 6.8 peratus merupakan calon persendirian. - Bernama

SPM

Artikel Berikut

Artikel Lain