suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asteroid 'Spooky' Lintasi Bumi Malam Sabtu

KUALA LUMPUR: Sebuah asteroid 'Spooky' bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter dijangka melintasi berhampiran Bumi pada jarak 1.3 kali jarak Bumi ke Bulan pada malam Sabtu.

Asteroid Spooky dengan nama rasmi 2015 TB145, yang ditemukan ahli astronomi NASA daripada Program Objek Terdekat Bumi pada 10 Okt lepas, bergerak pada kelajuan 35km sesaat iaitu 29 kali lebih laju dari sebutir peluru.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata, ia dijangka tidak akan berlanggar dengan Bumi sebaliknya hanya akan melintasi orbir Bulan pada jarak 48,000km dari Bumi.

"Pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia akan mencapai tahap kecerahan sekitar 10 magnitud dan boleh dilihat menggunakan teleskop," kata Angkasa dalam kenyataan di sini, malam Jumaat.

Jika cuaca mengizinkan, Angkasa melalui Observatori Negara Langkawi (ONL) merancang melakukan pencerapan dan penyelidikan terhadap asteroid itu untuk berkongsi maklumat dengan badan-badan astronomi antarabangsa.

Untuk pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi ONL di talian 04-9668870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Angkasa di www.angkasa.gov.my atau laman media sosial Facebook dan Twitter Angkasa Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan fenomena-fenomena dan program Angkasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain