suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Umno Bahagian Tutup Mulut Isu Singkir Muhyiddin

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin Umno bahagian enggan mengulas mengenai langkah untuk menggulingkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa penyokongnya daripada parti itu.

"Mungkin ada komplot, saya tidak tahu. Saya tidak boleh beritahu anda. Jika ada, maka adalah," kata Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Hamid.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan akhbar yang memetik kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebagai berkata bahawa terdapat komplot untuk menyingkirkan Muhyiddin dan penyokongnya.

Ketika dihubungi, Jamal berkata memang terdapat usaha untuk menghapuskan kumpulan tertentu dalam dalam Umno namun tidak pernah menyebut nama mana-mana pemimpin.

"Jika beliau fikir menjadi adalah salah seorang daripada mereka, maka ia boleh jadi begitu," katanya.

Walaupun Jamal dan Rizuan tidak merujuk kepada mana-mana individu, kedua-dua mereka mengambil kesempatan untuk menyerang Muhyiddin berhubung kenyataan yang melabel pemimpin akar umbi sebagai "pengecut".

"Muhyiddin adalah orang yang akan menyebabkan masalah. Beliau adalah pengecut, bukan kita. Dia tidak akan dipilih sebagai Timbalan Presiden jika tidak kerana kami," kata Rizuan.

Menerusi forum yang diadakan di Johor Baru minggu lepas, Muhyiddin menyifatkan pemimpin Umno "penakut" kerana tidak bersuara.

Menurut Rizuan, bekas Timbalan Perdana Menteri sepatutnya menggunakan saluran yang betul dalam mengkritik kepimpinan, bukannya forum terbuka.

Muhyiddin Yassin, Umno

Artikel Lain