suria

Pandikar Tuntut Kit Siang Mohon Maaf Tuduhan Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa menuntut anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang membuat permohonan maaf tanpa syarat ekoran kenyataannya menuduh beliau menyalah guna kuasa sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat serta cuba mensabotaj siasatan mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Pandikar Amin, sekiranya Lim tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, tindakan akan diambil terhadap beliau.

"Kalau Gelang Patah (Lim) tidak minta maaf tanpa syarat pada saya, tak tarik balik (kenyataan), maka satu usul akan dibuat. Jadi minta disampaikan kepada Gelang Patah, bila tiba masanya nanti, tarik balik," katanya.

Pandikar Amin mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyampaikan keputusannya itu selepas meminta laluan daripada Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang sedang membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015.

Pada Isnin, Lim ketika mencelah hujah Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 77(3) mengenai prosiding mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika ketiadaan pengerusi atau naib pengerusinya, berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat.

Dewan Rakyat, PAC, Speaker

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain