suria

Agong Kurnia 194 Pingat Darjah Kepahlawanan ATM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa berkenan mengurniakan Pingat Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada 194 penerima di Istana Negara di sini.

Seri Paduka mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)  Kehormat kepada enam pemimpin negara asing yang didahului oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Ketua Marsyal Udara, Prajin Juntong.

Lima lagi penerima darjah PGAT Kehormat ialah Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, Udomdej Sitabutr, Ketua Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Brunei, Pehin Datu Pekermajaya Mejar Jeneral Datuk Seri Pahlawan Mohd Tawih Abdullah, Ketua Pertahanan Angkatan Tentera Arab Saudi, Jeneral Abdul Rahman Saleh Al-Bunaian, Ketua Pertahanan Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Warapong Sanganetra dan Ketua Angkatan Tentera Laut Thailand, Admiral Kraisorn Chansuwanit.

Turut hadir pada istiadat tersebut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 10 pegawai tertinggi ATM iaitu Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday, Mejar Jeneral Datuk Noordin Mohd Yusof, Mejar Jeneral Datuk Mohd Azmi Borhan, Mejar Jeneral Datuk Masrani Paiman, Laksda Datuk Azahari Abdul Rashid, Laksda Datuk Fadzilah Mohd Salleh, Mejar Jeneral Datuk Wan Normazlan Che Jaafar, Mejar Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Marsaleh Hassim, Mejar Jeneral TUDM Datuk Syed Salim Abu Bakar dan Mejar Jeneral TUDM Datuk Mohammad Salleh Osman.

Seramai 18 orang lagi menerima darjah Pahlawan Angkatan Tentera, 66 menerima Kesatria Angkatan Tentera dan 94 menerima Darjah Bentara Angkatan Tentera.

ATM, Darjah Kepahlawanan

Artikel Lain