suria

Ibu Bapa Ragu Bacaan IPU

Pelajar terpaksa menduduki peperiksaan dengan menggunakan topeng hidung dan mulut di Dewan Peperiksaan Kolej Vokasional Batu Lintang, Kuching pada Isnin. Peperiksaan Kolej Vokasional tetap diteruskan di Kuching dengan pelaksanaan 'Ops Topeng' meskipun terpaksa berhadapan masalah jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebanyak 98 iaitu di paras Sederhana.
 -foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

KUCHING: Penutupan sekolah-sekolah di sini dan di kawasan berdekatan Samarahan berikutan jerebu walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) agak rendah berbanding sebelum ini menyebabkan ibu bapa lebih meragui mengenai ketepatan sistem pengukurnya.

Indra Devindran, bapa kepada seorang murid tahun satu terpaksa menyemak kesahihan berita mengenai penutupan sekolah yang disiarkan pada pukul 8 malam Ahad kerana bacaan IPU hanya 100 pada ketika itu.

"Dalam beberapa minggu lepas, terdapat hari yang bacaan IPU adalah lebih tinggi...namun sesi persekolah berjalan seperti biasa.

"Tapi mengapa sekolah ditutup sekarang (Isnin) apabila IPU adalah jauh lebih rendah?" tanya Indra sambil menambah bahawa peperiksaan akhir anaknya itu sepatutnya bermula Isnin.

Sementara itu seorang pensyarah universiti, Greg Wee turut berkongsi sentimen yang sama.

Kata pada Ahad malam, dia terpaksa menyemak dengan guru-guru mengenai berita penutupan sekolah.

Menurut Wee, dia telah mengambil keputusan sendiri untuk tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah selama beberapa hari pada bulan lepas.

Katanya, beliau lebih mempercayai andaiannya sendiri berbanding sistem mengukur IPU yang disifatkan sebagai mungkin "tidak tepat".

Wee merujuk kepada penjelasan Jabatan Alam Sekitar pada bulan lalu bahawa bacaan IPU yang diterbitkan Malaysia adalah berdasarkan purata 24 jam.

Di Singapura, purata 24 jam dilaporkan bersekali dengan purata tiga jam dan dikemaskini pada setiap jam.

Jerebu, IPU Tidak Sihat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain