suria

Tiada Pembangunan Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

SUNGAI PETANI: Tiada isu sepatutnya timbul seperti yang diperkatakan di media sosial mengenai pembangunan di kawasan tapak arkeologi Sungai Batu, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Mokhtar Saidin.

Katanya, tapak arkeologi itu akan kekal dan pasukan penyelidik akan terus membuat kajian di kawasan berkenaan memandangkan tapak tanah terbabit telahpun dibeli Jabatan Warisan Negara.

"Tak perlu bimbang pasal pembangunan, cuma di sekeliling sahaja yang kita akan pantau, kita akan beri nasihat jika ada pembangunan, kerana itu tanah persendirian, " katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.

Mokhtar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang viral di laman sosial yang mendakwa tapak arkeologi Sungai Batu bakal musnah berikutan cadangan oleh pemilik tanah hendak membangunkan projek pembangunan komersial.

Tapak arkeologi Sungai Batu menyimpan pelbagai khazanah negara termasuk kewujudan sebuah monumen ritual yang telah pun disahkan menerusi proses saintifik sebagai berusia kira-kira 1,900 tahun. --Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Rampas 200kg Daun Ketum

Artikel Lain