suria

Zaid Ragui Saifuddin Boleh Buat Pakatan Lebih Kuat

Zaid (kiri) dan Saifuddin.

PETALING JAYA: Fikir betul-betul, Datuk Saifuddin Abdullah telah diberi amaran oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menyertai PKR pada tahun 2009 tetapi keluar parti itu setahun kemudian.

"Saya tergesa-gesa untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat dan menerima padah. Beliau perlu lebih berhati-hati," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal undang-undang) itu kepada The Star Online.

Walaupun Saifuddin  mengumumkan bahawa beliau telah menyertai PKR pada Khamis, yang akan menjadi aset  besar kepada parti, Zaid berkata beliau kurang yakin bahawa dia boleh membuat parti pembangkang itu lebih kuat.

"Malah, (bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak mampu berbuat demikian," katanya, dan menasihatkan Saifuddin untuk bermain selamat dalam parti baharunya.

Zaid merujuk kembali ketika beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR walaupun sedar dirinya pendatang baharu.

Beliau kemudiannya menarik balik pencalonannya, dituduh menipu dan salah laku pilihan raya oleh lawannya, Azmin Ali.

Zaid kemudiannya meletak jawatan dalam parti itu pada November 2010, kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Sebelum itu, Zaid dipecat daripada Umno pada tahun 2009 selepas menghadiri majlis pembangkang dan membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang.

Sebelum menyertai PKR pada hari Khamis, Saifuddin berdepan dengan tindakan disiplin Umno kerana menghadiri perbincangan meja bulat oleh pihak pembangkang pada hari ulangtahun parti itu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Walaubagaimana pun, Zaid percaya Saifuddin tidak akan menjadi seperti dirinya.

"Tidak, dia adalah seorang ahli politik yang lebih baik dan cekap. Bagaimana pun, keadaan telah berubah," katanya.

Pada Khamis, Saifuddin berkata beliau menyertai PKR kerana merasakan bahawa beliau tidak sesuai dengan Umno dan Barisan Nasional, dan beliau tertarik dengan model berbilang kaum PKR.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain