suria

Uber Kecam Taktik Ancam Dan Ugut Pemandu

Leon Foong
PETALING JAYA: Uber mengecam keras taktik ancaman dan ugutan terhadap pemandunya dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan ugutan dan keganasan terhadap rakan-rakan pemandu kami, termasuk menahan mereka untuk tebusan dengan melakukan serangan, merosakkan kereta mereka, malah menakutkan-nakutkan dan mengancam pemandu," kata Pengurus Besar Uber di Malaysia, Leon Foong dalam satu kenyataan, Selasa.

"Kami yakin pihak berkuasa tempatan dan sistem kehakiman akan mengambil perhatian terhadap kejadian ini dan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan ganas dan melanggar undang-undang," katanya.

Beliau menambah, syarikat itu bersedia untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam membina ekosistem mobiliti dalam bandar yang lebih bijak yang mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia.

Leong berkata Uber komited untuk menyediakan akses ke pengangkutan selamat, boleh dipercayai, dan 'pengangkutan mampu' untuk pengguna dan telah mencipta beribu-ribu peluang ekonomi dan keusahawanan untuk rakyat semasa proses ini.

Jumaat lalu dilaporkan bahawa pemandu teksi di kawasan bandar Kuala Lumpur telah menangkap pemandu Uber dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan.

Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pemandunya taktik seperti itu kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak berkesan dalam menghentikan perkhidmatan berterusan Uber dan GrabCar.

Walaupun Uber tidak secara teknikal sah di negara ini, SPAD kini sedang mencari jalan untuk mengawal selia perkhidmatan itu tanpa terus menghalangnya bulat-bulat.
Uber, pemandu teksi, Spad GrabCar

Artikel Lain