suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Jelaskan Tidak Pernah Keluar Kenyataan 1MDB Tidak Disiasat

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  memperjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disiasat.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob berkata, menerusi kenyataan media bertarikh 22 September lepas, SPRM hanya menyebut bahawa SPRM tidak terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB.

Malah, beliau berkata isu 1MDB, syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia itu disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh itu sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.

"Perkara ini juga jelas susulan kenyataan Ketua Polis Negara semalam dan telah diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM bertarikh 5 Ogos lepas.

"Oleh itu, SPRM berharap mana-mana pihak tidak membuat kenyataan kononnya SPRM telah membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB," katanya dalam kenyataan di sini, dengan merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh 1MDB, Rabu.-- Bernama


SPRM, 1MDB, Rohaizad Yaakob

Artikel Lain